Monday 9 January 2012

kata buatmu


Assalamualaikum wbt.
Tangan ni bergerak lagi menekan petak-petak di papan kekunci, maka terbitlah coretan yang tak seberapa ini. Moga dapat ambil input yang baik, InsyaAllah. Coretan ini ditulis apabila saya menonton satu rancangan di kaca tv.

 Di suatu tempat
A             :  macam mana kita nak nasihat orang lain atau kita nak berdakwah?
B             :  sebelum saya jawab soalan tu, saya nak Tanya satu soalan boleh?
A             :  boleh. Apa soalannya?
B             : biasa orang tangkap ikan guna umpan apa?
A             : hmm. Nenek saya cakap guna umpan cacing.
B             : awak suka makan cacing tak?
A             : hah! Mestilah tak.
B             : haa. Jadi samalah juga dengan dakwah, kita tak boleh guna cara yang kita suka sebaliknya kita kena guna cara yang orang tu suka. Barulah orang tertarik nak dengar.
A             : hmm. Ya tak ya jugak.
B             : kalau kita nak memancing ikan pun, tak semua guna umpan cacing. Ada yang guna umpan roti, udang dan ikan kecik. Strategi tu kena rancang dengan baik.

A             : owh.. maksudnya kita perlukan cara yang berbeza la pada setiap orang bila nak nasihat atau berdakwah ni?
B             :  ya betul tu. You get the point. Cara kita nak didik orang muda berbeza dengan nak didik orang yang lebih tua. Contohlah, kalau kita guna cara ceramah or something like that la pada golongan muda dibandingkan dengan bagi dia dengar lagu (ada unsur2 baik/nasihat) mana dia orang akan pilih? Peratusnya pasti lebih kepada mendengar lagu, kerana masyarakat muda sekarang lebih suka muzik.  Begitu juga pendekatan kita kepada insan yang berlainan agama. Tak boleh lah kita mencaci maki agama dia orang, sebaliknya kita perlu menunjukkan nilai2 murni yang ada pada agama Islam ni. Paksaan bukanlah cara yang tepat. Kita perlulah lebih banyak mendengar daripada bercakap, biarkan dia bercakap dan kita hanya mendengar dan bertanya soalan sahaja. Cerita2 ni merupakan symptom kepada permasalahan mereka dan melalui sini juga kita akan jumpa puncanya. Dalam menyelesaikannya kita perlu merawat punca bukannya merawat symptom, sekiranya kita merawat symptom maka kejadian sama pasti akan berlaku lagi.

A             : sekarang saya faham. Macam mana pula kita hendak menegur rakan2 kita yang tidak menutup aurat ( tidak bertudung) tapi baik budi pekerti tanpa mengguris hatinya? Kadang2 terasa berat untuk menegur sebab takut dia berkecil hati.
B             : emm. Sebab tu musuh/orang yang benci kat kita pun ada manfaat dia. Bukan saja2 Allah bagi kita ada musuh ( bukan nak suruh anda cari musuh na!!!). nak cakap kat sini, musuh akan sentiasa mencari kesalahan dan kekurangan kita dan dia akan merendah-rendah dan memerli kita dengan kekurangan tu, sebaliknya rakan baik kita akan lebih pandang pada kelebihan dan memuji kita tanpa cuba membetulkan kesalahan kerana dianggapnya kecil. Jadi di sini dengan perlian dan kekurangan yang dikatakan pada kita, kita akan lebih berusaha untuk menambah baik diri kita serta menampung kekurangan yang ada. Tidakkah itu satu kebaikan?
A             : yup!
B             : berbalik pada soalan tadi. Memang ramai yang saya jumpa kebanyakan wanita tidak bertudung tapi budi pekertinya baik. Ada diantara mereka ini mencintai majlis ilmu dan gemar mendengar hal2 agama (ada juga yg x). Di situ kita dapat lihat, dalam diri mereka memang ada nilai yang baik dan ini juga menunjukkan mereka ingin berubah menjadi lebih baik. Tak boleh la kalau dalam majlis ilmu atau yang seangkatan dengannya, bila ada ja wanita yang tak bertudung datang kita terus halau dia keluar atau kutuk2 dia. Alasan kita dia tak layak nak datang ke majlis2 sebegitu, siapa kita nak melayakkan sesuatu.. kita seharusnya selidik hujung pangkal kenapa tak bertudung, kut-kut la dia ada pnyakit kulit ka, allergic ka, family dia tak bagi ka and what so ever lah. Khunuzzhon. So bila dah taw punca kita akan boleh selesaikan masalah ni. Ingat jangan main terjah je. Dakwah ni macam marketing, kalau kita kutuk orang tu and the lpas tu kita nak suruh dia beli produk kita, agak2 nak ke dia beli?? Dan pastinya tak..
pilihan kat tangan kita

A             : kebanyakan orang sekarang (kt Malaysia) bila ada orang baru masuk islam, mereka mesti akan suruh belajar ciri2 orang melayu, makan cara orang melayu dan apa sahaja perkara berkaitan melayu. Cuba bagi pendapat sikit.
B             : itulah masalah orang kita. Tukar agama bukanlah bermakna tukar bangsa. Itu yang perlu kita faham. Jika seseorang itu dilahirkan sebagai seorang india maka dia tetap akan mati sebagai bangsa india dan bukannya melayu. Tapi dia akan mati sebagai seorang islam dan dikebumikan dengan cara islam apabila dia memeluk islam walau dia dilahirkan sebagai agama lain. Kadang kala kita dapat melihat apabila seorang mualaf yang menyuarakan keinginannya untuk memasuki islam kepada keluarganya, keluarga nya menentang keras keinginan tersebut kerana beranggapan anak mereka akan menjadi orang melayu.  Terdapat juga keluarga yang jenis terbuka dan membenarkan anak mereka untukmemasuki agama lain seperti agama islam, Alhamdulillah, moga keluarganya turut diberi hidayah oleh Allah swt. Amin. Konklusinya, kita kena tahu membezakan 2 perkara tersebut.
A             : dan dakwah itu perlu bagi setiap insan yang bergelar muslim. Tidak kiralah apa medium yang dia gunakan.

THE END
 mungkin entri ni tidak sempurna kerna aku insan biasa. 
mungkin ada juga banyak salahnya kerna aku bukan bijaksana.
kerna itu   bimbinglah daku ke jalan benar.
entri ni pn rasanya agak panjang mngkin byk melalut.
tapi moga dapt ambil manfaanya..

No comments: