Monday 30 January 2012

.::ILMU, BELAJAR, NIAT::.

"ok class i want give u assignment"
"saya nak awak bahagi beberapa kumpulan dan saya nak suruh kamu buat 'flip chart', tajuknya saya akan bagi..."
"i want u do group presentation"
" i want u do role play about ......"
"find out about this and explain to me in my next class"

inilah antara arahan2 yg biasa kita dengar selama kita masih belajar terutama d universiti @ sekolah. ni baru kerja2 yg wajib (harus) kita buat sebagai tugasan menjadi seorang pelajar, x masuk lagi meeting2, kokurikulum, persatuan tu persatuan ni (kalau korang aktif la) terutama bila dah pegang jawatan (mmg byk kerja).
susahlah
payahlah
lecehlah
tak retilah
malaslah
n so on lah... banyak pulak 'lah' dia :)
alasan, alasan dan alasan
itulah kita selalu timbulkan
ada ja nak escape
sesungguhnya semua ni TANGGUNGJAWAB kita
BELAJAR. itulah kehidupan, setiap hari kita akan belajar walaupun kita sendiri tak sedar pun kita tengah belajar sesuatu tu. sehinggakan kita menggunakan apa yg kita belajar tu. contohnya, kita borak2 dgn kawan kita dan dia bagitahu kita something, mungkin kita hanya menganggap ia hanya percakapan biasa. pada suatu hari tu, adalah seorang hamba Allah tanya kat kita soalan (yg berkait dgn something yang kawan kita bagitahu dulu tu), so kita pun boleh la bagitahu dia pasal tu (dah kira tolong orang la ni). nampak tak tanpa sedar kita dapat ilmu dan tanpa sedar kita bagi orang lain ilmu juga. dan inilah ilmu, sesuatu perkara yang kita peroleh yang mampu membantu kita dan orang lain selain dapat menambah sesutu yang baru dalam hidup kita(erti ilmu bg aku).
"TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD"
Rasulullah juga pernah bersabda: " Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"
[hadis riwayat Bukhari & Muslim]

parents kita hantar kita jauh2 tuk kita belajar, agar kita pandai, bijak dalam menilai, bisa mengenal baik buruk, boleh jadi orang yg berguna satu hari nanti. anak yang boleh menggembirakan hati mereka (subhanallah sangatlah besar pahala seorang anak yg membuat ibu bapanya gembira), yg mendoakan kesejahteraan samaada masih hidup @ dah meninggal, anak yg mampu mendidik anak2 bangsa dengan nilai2 islam.jadi belajarlah bersungguh2 dan jangan bazirkan wang yg telah mereka belanjakan untuk pelajaran kita.
“Sesungguhnya setiap sesuatu bermula dengan niat..”(Hadith Mutafaqa’alaih)
maka berniatlah anda kerana Allah, kerana Allah sentiasa ada dan Maha Berkuasa. jika kita meletakkan niat kita keatas sesuatu atau seseorang, mungkin apa yg kita usahakan itu tidak membuahkan hasil yang baik apabila sesuatu itu hilang atau musnah. 
sebagai contoh, anda melakukan sesuatu (cth belajar) disebabkan ayah anda, dan ditakdirkan suatu hari ayah anda dijemput Ilahi, anda mungkin akan putus harapan dan berasa tiada guna lagi anda belajar serta mengambil keputusan untuk berhenti.
begitu juga kebanyakan manusia sekarang ini [ termasuk saya] 

belajar hanya untuk lulus dan mendapat markah @ pointer yg tinggi dalam peperiksaan. dan apabila selesai saja peperiksaan segala ilmu yang dipelajari selama ni hilang dibawa kertas ujian. kerana kita menganggap ia sebagai beban untuk dilepaskan dan dimuntahkan di helaian2 yang bakal 'diconteng dgn dakwat2 tinta'. 
Ya Allah, ruginya kita
"moga Engkau membuka hatiku dan kami semua agar sentiasa berniat keranaMu, sesungguhnya kami hamba Mu yang lalai dan leka"
sebagai konklusinya, ilmu bukan hanya apa yg kita belajar di dalam kelas, bukan sekadar di dewan kuliah tapi ia berada di sekeliling kita. tersangatlah banyak. jadi janganlah anda meletakkan ilmu itu hanya berada di tempat2 tertentu shja. then, belajarlah dengan ilmu yang kita ada dan amalkan, serta bantulah orang d sekeliling kita. dan yg terpenting betulkan niat kita agar apa yg kita dapat 2 bermanfaat dan menguntungkan buat semua... 
sampai sini je la entri kali ni ( agak pnjg jgk, entah2 korang boring baca). moga apa yg ditulis dan tertulis ni dpt bg manfaat kt semua dan aku juga. amen.

No comments: