Friday 12 October 2012

.:Lelaki Acuan Al-Quran:.



Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman 

Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya 
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona 
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga 
Disitulah rumah impiannya 
Bersama wanita acuan al-Quran"

Lelaki acuan al-Quran
Amat sukar untuk kutemu
Mungkin ada satu dalam seribu
Tapi belum tentu dia akan menjadi milik ku
Kerna itu aku juga harus menjadi wanita acuan al-Quran
Walau dia tidak dapat dijadikan permata hati
Harapanku moga dapat kulahirkan pejuang agamaMu Ya Rabbi
Sebagai penerus khalifah di muka bumi Mu ini..

** Lelaki acuan al-Quran ni sy copi&pasta dr post kwn sy di fb (moga kamu jd lelaki acuan al-Quran.. insyaAllah).. mungkin kwn2 prnh baca nukilan ni kat blog2 lain.. so i'm just to sharing to other friends yg sudi baca... tp yg rangkap akhir tu sy tambah sendiri, klau ikut yg asal xde... (n_n).. assalamualaikum