Monday 28 November 2011

suci sekeping hati


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Ah…oh…ah…
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Tajuk Nasyid : Suci Sekeping Hati
Artis : Saujana
Album : Kembara Cinta

PENGEMIS CINTA MU


Dalam pekat sepertiga malam
Aku sujud kepadaMu
Dalam sujud cintaku
Aku memohon istikharah cinta dariMu
Moga Kau tunjuk jalan kedamaian itu

Saat cintaku bertasbih
Terbit ayat-ayat cinta untukMu
Mengemis bait-bait rindu
Walau lisanku tak seindah kalamMu
Walau lisanku terkadang mencalar diri sendiri
Pinjamkanlah kekuatan untuk terus maju di haluanMu

Dalam rangkak-rangkak bertatih
Mencari lubang cahaya hidayahMu
Cahaya tenang yang tidak menyilaukan
Yang menghilangkan mimpi siang
Yang membawa jauh debu-debu dosa semalam
Yang bisa mengganti jahil ini

Aku bukan aku tanpaMu
Berilah diri yang baru
Diri yang mendamba kasihMu
Diri yang mengadu hanya kepadaMu
Diri yang melabuhkan cintanya untukMu
Diri yang redha dan sentiasa tersenyum saat menerima ujian dariMu
Diri yang rendah seumpama mutiara di lautan dalam menghadapMu
Diri yang menitiskan air mata dalam mencari redhaMu
Diri yang ikhlas menerima Qada dan Qadar Mu
Diri yang lembut suaranya ketika mengalunkan ayat suci Mu
Yang sentiasa khusyuk dari sujud ke sujud

Aku inginkan aku yang baru
Aku yang tidak mengagongkan dunia fanaMu
Aku yang tidak leka dengan janji dunia
Aku yang sedar dari permainan sementara
Aku yang tidak mengejar harta dan nama
Aku yang tidak mudah rebah pada nafsu
Aku yang cinta akan ilmu
Aku yang cinta akan ibu bapa
Aku yang cinta akan keluarga
Aku yang sentiasa bermunajat kepadaMu

Berikan diri ini peluang
Untuk merasai  kemanisan iman
Menatap langit mu dengan perspeksi yang berbeza
Agar aku temui indah cipaanMu
Walau ini sekadar penjara dunia.
                                                                                                                                             ~0120@291111~

Thursday 10 November 2011

Mulianya Mu Ibu

 
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
 
lihat sambungannya di sini :


p/s: sy pun amek nie dr facebook yg sy bace.. sbgai perkongsian bersama :)

Monday 7 November 2011

Message Undelivered


Album : Koleksi Nasyid Indie Vol.1 - Nasyeed Underground
Munsyid : Abd Halim - Devotees
http://liriknasyid.com


Kau sangat istimewa
Kau tiada duanya
Yang menghangatkan jiwa

Kita telah dipertemukan
Bagai novel cinta
Indahnya cuma kita yang rasa

Tiap saat bagiku ingin menyintaimu
Tak pernah kau kulupa Selalu ku hubungi mu
Kau pun jua begitu bicara soal rindu
Katakan apa saja pasti kita sama setuju

Namun mengapa sejak kelmarin
Engkau mendiamkan diri sepi dariku
Kucuba menghubungimu tapi
tiada jawapan yang kuterima
Hanya suara wanita yang berkata
Sila hubungi semula

Mengapa apakah yang terjadi antara kita
Tidak pernah aku sedikit pun untuk
Cuba mengguris apatah lagi cuba menyakiti hatimu
di manakah ruang itu yang kau mungkin pernah
cuba untuk menjelaskannya padaku

Masa berganti waktu
Kuharapkan namamu
Kan muncul menyerikan
Paparan panggilanku

Namun hampa yang kutemu
Bila tiap mesejku
Tak sampai kepadamu
Katanya message undelivered
p/s: mungkin inilah apa yang biasa terjadi pada insan yang bercinta.
if you send your message to Allah, comfirm the message is delived. insyaAllah. 

JUZ SMILE OK!!!! 

Friday 4 November 2011

DYSMENORRHOEA COMES OUT


Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nak cerita pasal dismenorhea [ejaan BM].. hurm ape ke benda dismenorhea nie??? Mai sini, mai sini, mai sini nak bagitau.. base on Kamus Kejururawatan la kan dismenorhea ni merupakan haid yang sakit @ sukar.. kalaw dalam bahasa kita2 ni orang panggil senggugut… owh!!! Senggugut rupenya, ingatkan ape la tadi kan??? Hehehe
                Semua yang bergelar perempuan dalam dunia ni mesti pernah rasa senggugut nie. Paling kurang pun sekali seumur hidup, untungla kamu.. tapi yang tak pernah dapat/rasa senggugut nie lagi la untung.. yang setiap kali period kena senggugut pun ada juga [sgt la seksa nk tanggung]. Yang dapat kadang2 je pun ada.
                Senggugut setiap orang x sama. Ada yg rasa time awal2 period, ada yg pertengahan period, ada yg last2 period, dan ada juga bila dh habis period. Tapi yang rasa bila dah habis period ni saya sendiri pun x pasti betul ke tu senggugut, tapi ada la kawan saya cakap yg dia kena lepas period. Sebab senggugut ni terjadi disebabkan uterus contract untuk keluarkan darah tu (degeneration of the endometrial layer), lagi satu disebabkan laluannya sempit (yeke???). nak lagi pasti Tanya la uncle Google.

                Sakit!!! Ye memang sakit. Nak buat kerja pun dah tak boleh [ tahap teruk]. Kalau ada kat rumah comfirm dah ‘berkerengkok’ atas katil tengah tahan sakit. Ada juga rasa macam nak korek buang semua benda kt dalam tu termasuklah organ2 skali biar dh x rasa sakit lagi. Lain2 symptom time period ni ialah pening, penat, sakit belakang, rasa mual (jarang berlaku tp ada), dll. Tahap kesakitan setiap orang pun x sama juga, ada yg strong, moderate, and mild. So macam mana nak reduce kan dia punya sakit tu??? Kalau saya, saya minum air suam bagi melancarkan pengaliran darah 2, elak dr minum air sejuk dan berais, suasana sejuk pun saya x suka sebab dia buat lagi rasa sakit. Ada juga orang yg amek ubat tuk kurangkan rasa sakit ni contohnya dia amek penadol menstrual, penadol activefast, postan (pain killer) and so on. ubat2 nie saya x amk sangat sebab bila dah blajar pasal ubat and taw dia punya effect jangka pendek + jangka panjang jd x brani nak amk [dlu mmg ada mkn penadol time kne dysmenorrhoea nie] . Minyak panas pun boleh jugak guna untuk melegakan kesakitan [selalu la jugak guna]. Lagi satu cara kita boleh buat ialah tuam panas; tuam panas ni kita guna air panas (tahap suam la) isi dalam botol  then kita letak kat tempat sakit 2.

hot compress

cramp
                Kesakitan adalah satu ujian dariNya untuk hambaNya yang kuat. Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu kita pikul. Dia adalah pencipta kita dan Dia Maha Mengetahui setiap isi alam ini dan Dia juga tahu seberapa banyakkah kudrat kita untuk menanggung ujian dariNya. Ujian yang diberi menunjukkan rasa sayangNya pada kita. “kenapa pula macam tu? Kata sayang tapi memberi kita kesusahan?” mungkin pernah di antara kita pernah berkata begitu. “ya benar. Dia benar2 sayang pada kita, semakin banyak ujian yang diberi itu tandanya semakin Allah sayang kita. Kerana dia ingin memberikan ganjaran yang besar kepada kita yang sabar dan tabah dalam menempuhi ujian yang diberiNya, yang tidak mencanang kesusahannya, yang tidak meraih simpati dikala kesulitan, yang tidak menyalahkan takdir tatkala dugaan tiba. Sebaliknya mengucapkan ‘innalillah wa innalillah hirojiun’ dan tersenyum, insan yang hanya merintih, meminta, dan menangis untukNya. Mengharap dugaan yang tiba ini mampu menghapus dosa2 lalu dan mendekatkannya dengan pencipta”. 
Perempuan, gadis, dan wanita merupakan insan yang kuat. Walaupun kadangkala dilihat lemah pada zahirnya namun mereka ini sangat kuat dari segi dalamannya. Mereka mampu tersenyum sedangkan dikala itu mereka sedang menaggung kesakitan, sehinggakan orang disekeliling tidak menyedari dia tengah sakit. Muka tidak sedikit pun menunjukkan keperitan yang ditanggung di depan umum, wajah itu hanya tiba dikala sendirian. Wanita ini bijak, cukup bijak untuk menyembunyikan rasa yang dialami. Cuba sekali sahaja diberi kesakitan (senggugut) ini buat sehari kepada lelaki, apakah mereka sanggup untuk merasainya?? Pastinya tidak sanggup untuk kali ke-2. Hakikat nya inilah apa yang dirasai oleh perempuan setiap bulan. Jadi kaum Adam hargailah wanita dan wanita2 di luar sana sayangilah diri anda agar tidak mudah untuk diperkotak-katikkan oleh seorang lelaki.

Wednesday 2 November 2011

Berjalan Tanpa Henti - Devotees


Berjalan Tanpa Henti

Album : Berjalan Tanpa Henti
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Friday 28 October 2011

kU p0h0n hiDayahMu

Tika malam membelit diri
Tika diri diulit mimpi
Bangkitkan aku dari lenaku
Buang jauh mimpi dunia itu
Kerna mimpi itu ternyata sukar buat aku dekat denganMu
Akan kubasahi diri ini dengan nikmat titisan wuduk
Akan ku hampar tempat sujudku kearah kiblatMu

Ku tahu qiyam Mu indah
Tahajud Mu segar
Bicara Qur’an Mu gah
Berilah ku rasa akan nikmat sepertiga malam itu

Biarlah hati ini merintih kepada Mu
Bukan merayu pada hamba Mu
Biarlah mata ini menitis untuk Mu
Bukan menangisi kerna manusia itu
Biarkan cinta ini mekar subur  hanya padaMu
Bukan dipermaini oleh insan leka dari mengingatiMu

Andai kesusahan yang Kau beri
Andai kesakitan harus aku harungi
Andai kelaparan perlu aku tahani
Andai ujian ini Kau pilih untukku
Maka kuatkanlah aku agar tidak rebah
Tegakkan aku biar terus berdiri kukuh
Kentalkan hati agar tidak luluh mengikut sang nafsu

Aku tahu Kamu merindui suara hambaMu merintih
Mahu mendengar hambaMu meminta
Ingin menghapus dosa insan yang Kau cinta
Hendak menguji tahap keimanan diri ini

Duhai Pencipta diri ku
Ingatkan aku setiap kali aku lupa terhadapMu
Sedarkan aku andai aku terleka dengan dunia fanaMu
Jentikkan getaran ke dalam hati ini bila terdengar namaMu
Ringankan bibir ini melafazkan zikir untuk Mu dan rasulMu
Lapangkan hati dengan tenang memgingatiMu
Luaskan pandangan dan terangkan penglihatan untuk melihat kudrah Mu
Biar hidung ini menghirup nikmat keimanan kurniaMu

Hanya Kamu yang aku mahu
Syafaat NabiMu yang aku tunggu
Dekatkanlah langkahku hampir denganMu ya Rabb
Jangan sesekali Engkau palingkan hatiku setelah Engkau memberi hidayahMu kepadaku.