Friday 28 September 2012

CORETAN BUAT AYAH BONDA


Tanah itu namanya gah
Tempat lahirnya kekasih Allah
Bermulanya ajaran cahaya Ilahi
Itulah dia tanah suci
Adanya tempat haram yang lagi diberkahi

Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah
Bulan ini penuhnya pasti
Dibanjiri hamba-hamba yang mencari redha Ilahi
Dari rezeki yang Allah beri
Rukun ke-5 pasti dipatuhi

Tempat ini impian semua
Menjejak kaki menyegar mata
Ayah bonda, aku dan anda semua
Tak akan mungkin tak ingin ke sana
Walau peluang sekali sahaja
Akan diguna sebaik-baiknya

Esok
Penerbangan ke Tanah Suci itu esok
Ya, ayah bondaku dijemput ke tanah itu
Alhamdulillah
Anak-anakmu, adik beradik serta saudara mara
Bakal mengiringi kamu
Walau lapangan terbang itu memisahkan kita
Walau burung besi itu terbangkan kamu ke sana
Ingat pesanmu berlegar di kepala
Rindu padamu mekar di jiwa

Usah kau risau wahai bonda
Walau tidak bertentang mata
ICT kini menyambung dunia
Panggilan, pesanan ringkas boleh diguna
Internet jua ada di mana-mana

Duhai ayahanda
Pesanmu tidak ku lupa
Jagaan kakak buat adik-adikku
InsyaAllah semua akan terjaga
Saudara mara ada sentiasa
Membantu setia tak kira masa

Wahai insan yang ku sayang
Pergi dan pulangmu selamat hendaknya
Terpisah kita sementara Cuma
45 hari mungkin tidak bersua
Lima jam zon masa kita berbeza
Tapi doa akan terus sampai ke sana
Tanpa mengira detik, hari dan ketika

Doa kami buat ayah dan bonda
Moga dipermudah segala-galanya
Umrah dan haji mabrur hendaknya
Khilaf dan dosa diampunkan Dia
Sesungguhnya Dia dekat dengan kita
Dan kepadaNya wajib dipercaya
Yang Maha Satu dan Maha Kaya
InsyaAllah dengan izinNya
Moga barakah kita sekeluarga
Akhir kata
Selamat berangkat ke sana
Cebisan coretan dari anakmu tercinta
(n_n)



20:03|28092012
Kg. air terjun, besut, trg