Assalamualaikum w.b.t … kawan2 yg dirahmati Allah sekelian..
semoga dalam perlindungan Yang Maha Esa hendaknya..
Lama sangat2 tak bukak blog ni, rasanya last bukak akhir
tahun lepas.. kalau lah blog ni macam rumah agaknya sarang labah2 penuh sana
sini, berhabuk tak yah cakap la.. ntah2 orang tengok pun dah macam rumah
hantu.. huhuhu.. tapi takpe lah asalkan ‘LOVE LATTER’ bukak hari2.. paling2
kurang 1 muka surat sehari.. kalau rajin boleh baca byk sikit kan??
Sebenarnya hari ni nak cakap pasal DUIT RAYA.. maklumlah
kita baru je lepas sambut hari raya aidilfitri hari tu kan (walaupun dah
berminggu2) selepas sebulan berpuasa. Bagi kawan2 apa yg best bila tibanya
musim raya ni?? Kalau sy la mestilah duk menunggu duit raya selain dapat makan
best2 time raya ni.. tapi bila dah besar2 ni stakat sedara mara, pakcik makcik
je la yg bagi duit raya.. orang lain jangan harap la kan.. sebab tu la raya
masa kecik2 dulu lagi best sebab kita boleh pusing 1 kampung, 1 taman g beraya
rumah orang, orang yang tak kenal pun main hentam jek.. hehehe…
So, dengan duit raya yang kawan2 dapat tu apa kawan2 buat??
Simpan dalam bank, kumpul banyak2 lepas tu beli barangan idaman, beli barang2
skolah, atau apa??
Kalau dalam family sy duit raya ni simpan dalam bank tabung
haji.. setiap kali raya memang bank tu la tempat simpanan duit raya kami adik
beradik. Sy ni jenis nak lebih dari
adik2 yg lain (tp jenis yg x memudaratkan ok), so sy akan makesure yg duit raya
lebih banyak dr adik2 sy yg lain. Jadi rajin la sy ni duk mengikut pakcik
makcik sy g beraya rumah kawan dia, so dpt la duit raya lagi.
Bila mama cakap nak g bank masuk duit, kami adik beradik pun
kira la duit raya masing2.. sape yg duit raya dia banyak dari org lain mesti
kena tanya “nape kau punya lagi banya?”.. tak puas hati la tu huhu.. yang lagi
best bila dah masukkan duit dalam bank tu mesti nak bandingkan hasil simpanan
yg selama ni simpan kat dalam bank tu.. berebut-rebut nak tengok buku bank
masing2 lepas tu cakap “duit aku dah banyak ni……..” , “wah buku bank dah sampai
blakang”, “aku punya lagi banyak dari kau”.. dan macam2 lagi ragam kami..
So duit raya kami ni sememangnya khas untuk simpanan kami
tuk bawak pergi haji, walaupun jumlahnya tak banyak lagi, tapi bak kata orang
dulu2 “sikit2 lama2 jadi bukit”.. slalu simpan lama2 banyak la tu.. so yg bagi
kami duit raya tiap2 tahun tu trima kasih banyak2.. moga anda2 semua para
pemberi duit raya pun dapat pahala yg banyak sebab secara tak langsung membantu
kami untuk menunaikan rukun islam ke-5 tu.. jangan serik nak kasi duit raya kat
kami taw.. hehehe..
Fyi, my mom dh daftarkan kami untuk haji, kalau tak silap sy
punya tahun 2048.. lama sangat lagi. Time dah tua pun, dalam 40-50 tahun gitu..
moga2 Allah panjangkan umur agar dapat sy menunaikan haji, dapat jejakkan kaki
di bumi barakah tu.. insyaAllah.. amin..
**so kawan2 korang punya duit raya korang buat ape?? Share2
la
** gambar hiasan dr uncle google
No comments:
Post a Comment