Friday 4 November 2011

DYSMENORRHOEA COMES OUT


Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nak cerita pasal dismenorhea [ejaan BM].. hurm ape ke benda dismenorhea nie??? Mai sini, mai sini, mai sini nak bagitau.. base on Kamus Kejururawatan la kan dismenorhea ni merupakan haid yang sakit @ sukar.. kalaw dalam bahasa kita2 ni orang panggil senggugut… owh!!! Senggugut rupenya, ingatkan ape la tadi kan??? Hehehe
                Semua yang bergelar perempuan dalam dunia ni mesti pernah rasa senggugut nie. Paling kurang pun sekali seumur hidup, untungla kamu.. tapi yang tak pernah dapat/rasa senggugut nie lagi la untung.. yang setiap kali period kena senggugut pun ada juga [sgt la seksa nk tanggung]. Yang dapat kadang2 je pun ada.
                Senggugut setiap orang x sama. Ada yg rasa time awal2 period, ada yg pertengahan period, ada yg last2 period, dan ada juga bila dh habis period. Tapi yang rasa bila dah habis period ni saya sendiri pun x pasti betul ke tu senggugut, tapi ada la kawan saya cakap yg dia kena lepas period. Sebab senggugut ni terjadi disebabkan uterus contract untuk keluarkan darah tu (degeneration of the endometrial layer), lagi satu disebabkan laluannya sempit (yeke???). nak lagi pasti Tanya la uncle Google.

                Sakit!!! Ye memang sakit. Nak buat kerja pun dah tak boleh [ tahap teruk]. Kalau ada kat rumah comfirm dah ‘berkerengkok’ atas katil tengah tahan sakit. Ada juga rasa macam nak korek buang semua benda kt dalam tu termasuklah organ2 skali biar dh x rasa sakit lagi. Lain2 symptom time period ni ialah pening, penat, sakit belakang, rasa mual (jarang berlaku tp ada), dll. Tahap kesakitan setiap orang pun x sama juga, ada yg strong, moderate, and mild. So macam mana nak reduce kan dia punya sakit tu??? Kalau saya, saya minum air suam bagi melancarkan pengaliran darah 2, elak dr minum air sejuk dan berais, suasana sejuk pun saya x suka sebab dia buat lagi rasa sakit. Ada juga orang yg amek ubat tuk kurangkan rasa sakit ni contohnya dia amek penadol menstrual, penadol activefast, postan (pain killer) and so on. ubat2 nie saya x amk sangat sebab bila dah blajar pasal ubat and taw dia punya effect jangka pendek + jangka panjang jd x brani nak amk [dlu mmg ada mkn penadol time kne dysmenorrhoea nie] . Minyak panas pun boleh jugak guna untuk melegakan kesakitan [selalu la jugak guna]. Lagi satu cara kita boleh buat ialah tuam panas; tuam panas ni kita guna air panas (tahap suam la) isi dalam botol  then kita letak kat tempat sakit 2.

hot compress

cramp
                Kesakitan adalah satu ujian dariNya untuk hambaNya yang kuat. Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu kita pikul. Dia adalah pencipta kita dan Dia Maha Mengetahui setiap isi alam ini dan Dia juga tahu seberapa banyakkah kudrat kita untuk menanggung ujian dariNya. Ujian yang diberi menunjukkan rasa sayangNya pada kita. “kenapa pula macam tu? Kata sayang tapi memberi kita kesusahan?” mungkin pernah di antara kita pernah berkata begitu. “ya benar. Dia benar2 sayang pada kita, semakin banyak ujian yang diberi itu tandanya semakin Allah sayang kita. Kerana dia ingin memberikan ganjaran yang besar kepada kita yang sabar dan tabah dalam menempuhi ujian yang diberiNya, yang tidak mencanang kesusahannya, yang tidak meraih simpati dikala kesulitan, yang tidak menyalahkan takdir tatkala dugaan tiba. Sebaliknya mengucapkan ‘innalillah wa innalillah hirojiun’ dan tersenyum, insan yang hanya merintih, meminta, dan menangis untukNya. Mengharap dugaan yang tiba ini mampu menghapus dosa2 lalu dan mendekatkannya dengan pencipta”. 
Perempuan, gadis, dan wanita merupakan insan yang kuat. Walaupun kadangkala dilihat lemah pada zahirnya namun mereka ini sangat kuat dari segi dalamannya. Mereka mampu tersenyum sedangkan dikala itu mereka sedang menaggung kesakitan, sehinggakan orang disekeliling tidak menyedari dia tengah sakit. Muka tidak sedikit pun menunjukkan keperitan yang ditanggung di depan umum, wajah itu hanya tiba dikala sendirian. Wanita ini bijak, cukup bijak untuk menyembunyikan rasa yang dialami. Cuba sekali sahaja diberi kesakitan (senggugut) ini buat sehari kepada lelaki, apakah mereka sanggup untuk merasainya?? Pastinya tidak sanggup untuk kali ke-2. Hakikat nya inilah apa yang dirasai oleh perempuan setiap bulan. Jadi kaum Adam hargailah wanita dan wanita2 di luar sana sayangilah diri anda agar tidak mudah untuk diperkotak-katikkan oleh seorang lelaki.

No comments: