Saturday 24 November 2012

.:Tempat Khas Buatmu Saudaraku:.




Alhamdulillah.. baru je lepas exam final weeks dan pada masa yang sama student2 diploma lain dah start sem yang baru.. dan kami masih lagi di sem 5 disaat dip. yang lain dah sem 6.. ye la kami ada praktikal tapi dia orang xde.. nak x nak kena redha la sbb dah plih jalan ni kan... (n_n).. moga apa yg kami lakukan sepanjang praktikal ni dikira olehNya.. dan moga jalan ni dapat menjadi satu jalan dakwah yang baik.. In Sha Allah..

crita2 pasal exam ni.. sem ni sy ada amek 1 subjek "caring and human relationship + sosiology II".. dsamping belajar subjek ni ditambah juga topik perawatan dalam islam yg diajar oleh Prof. Dr. Basri.. then masa tgh study note2 dia tuk prsediaan exam hari tu, sy trbaca 1 hadis yg ada dlm note (note2 ni mmg byk hadis utk menguatkan hujah)...

hadis dia :


Abu Dawud meriwayatkan di dalan sunannya dengan sanadnya daripada Hadis Muhammad bin Khalid Al-Silmi, daripada bapanya daripada datuknya. Beliau pernah bersahabat dengan Rasulullah SAW. Katanya saya pernah mendengar Rasulullah bersabda “Sesungguhnya seseorang hamba, apabila telah ditetapkan satu kedudukan di sisi Allah, yang tidak dapat dicapai dengan amalan yang dilakukanya. Allah akan ujinya (bagi membolehkannya mencapai kedudukan tersebut) pada jasad, harta dan anaknya”.




In Shaa Allah, moga-moga pengorbananmu wahai saudara-saudaraku di Gaza terbalas kelak. Sesungguhnya kamu seorang yang kuat, sabar dan tidak mudah kalah. Dan saya yakin telah disediakan tempat yang khas buat kamu di sisiNya. 

Dan kerana itu juga saya iri dengan kamu. Perginya kamu dari penjara dunia ini In Shaa Allah syurga buatmu kawan. Kerana syahid itu Allah telah menjanjikan syurga. Tapi kami di sini belum pasti apahkah syurga itu layak buat kami, dan mungkinkah api yang panas itu bakal menyambar kami untuk dijadikan penghuni setia di dalamnya. Nauzubillah. Minta dijauhkan dari itu kerana kami tidak sanggup untuk menjadi isinya.


Kamu memang pantas untuk mendapatkan syurga itu saudaraku, kerana ujian buatmu di dunia ini berat dan kamu laluinya dengan sabar serta berserah kepadaNya. Tapi kami walau tidak diuji seberat kamu, senang saja hanyut, mengejar dunia yang dirasakan segalanya. Sedangkan kami tahu dan yakin hari pengakhiran itu pasti, hari perhitungan itu ada dan syurga neraka dibuat untuk hambaNya. Setengah diantara kami meletakkan istilah ini dalam kamus kedua atau ketiga hidupnya mungkin. Tidak selalu menyegar dalam fikiranya saban hari, tidak disuburkan dalam jiwanya tiap waktu. Ya Allah!! Betapa ruginya kami. 

Bagiku Ujian kesenangan itu lagi sukar dari ujian kepayahan bagi orang yang mengejar dunia. Kerana dengan kesenangan itu dia akan lupa dari mana datangnya nikmat itu, lupa untuk bersyukur dengan rezeki yang dikurnia, berasa tidak cukup apa yang ada sehingga takut untuk berkongsi rezeki dengan insan lain yang memerlukan. Itulah, betapa sempitnya pemahaman rezeki bagi mereka. 

Ya Allah, jangan biarkan kami terus hanyut di dalam duniaMu. Jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu, sentiasa redha dengan ketentuanMu, sabar dengan ujianMu. Amen. 
buat saudara2 di Gaza.. doa kami titip buatmu.. moga kamu tabah, sesungguhnya kamu ada tempat khas di sisi Allah.

wassalam.

**mlm ni dah kena smbung praktikal lg.. shif malam 9pm-7am.. jadi burung hantu la.. ntah2 tetido kt wad tu nnti.. hehe**

No comments: