Friday, 20 April 2012

.::NIKMAT JUGA UJIAN::.

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah masih lg dberi ksemptn utk hidup, msih blh melihat dn mndengar.. sihat tanpa cacat cela.
kali ni sy nk tulis pasal ujian yang kadang kala kita terlepas pandang.. hmm apa tu?

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah; 155)

Sebagaimana yg diterangkan dlm ayat di atas, kita dapat simpulkan bahawa antara senarai di atas tersebut merupakan ujian berbentuk kesukaran buat manusia. takut, lapar, miskin, masalah dan lain2. terdapat segelintir di antara kita yang hanya memandang kesukaran dan musibah yang datang kepadanya itu sahaja yg dianggap ujian dan kesenangan yg dilalui itu disebabkan usaha mereka sendiri.   
Keperitan ujian itu kadang kala meninggalkan parut dan kesan yang besar kepada manusia, hal ini kerana parut itu, dengan kesan itu kita akan ingat dan kita akan ambil pengajaran. Tuhan tidak melakukan sesuatu tanpa sebab, walaupun sebabnya itu kita tidak nampak dan terkadang kita mempersoalkannya.. 
Dan apabila kita diuji dengan kesenangan, kemewahan, kecantikan, kecerdikan, dan segala ke_an. kita lupa ini juga merupaka salah satu bentuk ujian. ujian yang lagi bahaya dari kesusahan, kemiskinan dan yg seumpama dengannya.. KENAPA??? sebab dengan kesenangan, kemewahan, kecantikan dan kecerdikan ini kita akan jadi lalai, sombong, bongkak, pentingkan diri, tidak bersyukur, tak menderma dan boleh mmbuatkan kita lg jauh dr Tuhan. mereka ni akan fikir yang apa yg dia ada hanyalah krna usaha mereka semata-mata dan mereka mmg sgt berhak utk mendapatkannya. sedangkan sebelum itu ketika dia ditimpa musibah dia memohon kepada Tuhan agar dilepaskan dari musibah tersebut.

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata "sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Az-Zumar; 49)

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.(Al-Anfal; 28)


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Al-Anbiya; 35)

konklusinya, nikmat itu adalah ujian. ujian yang menghendakkan kita bersyukur dengan pemberian dariNya. dan Dia ingin menguji kemanakah kita membawa kenikmatan yg diberiNya itu. apakah di jalan diredhaiNya atau dimurkaiNya. kerna nikmat ini bakal ditanya kelak.

=tuk entry yg x seberapa nie, moga sedikit sebanyak dapat kita fikir2kan=

Thursday, 12 April 2012

.::JaMbaTaN WaRNi::.


Pelangi dipagi hari
Seusai hujan membasahi bumi
Manusia kini mula berdiri
Memuji jambatan warni ciptaan Ilahi
Namun di satu sudut
Bumi masih lagi menangis
Menangisi kisah pagi sang bumi
Dengan kata-kata insani yang laju menari
Yang terkadang tarinya sepantas ribut dilangit
Kerikan keluhan kini berbunyi
kenapa ini terjadi?
Mereka ini tidak mengerti
Irama alunan duruh bergendang
Cahaya silau kilat nan terang
Disebaliknya itu tersimpan harapan
Yang pangkalnya tidak diketahui
Bakal muncul pelangi penyeri bumi
Itulah kuasa Allah Ya Rabbi 

Thursday, 5 April 2012

tak perlu lebih tak perlu kurang

Assalamualaikum wbt
Don't TRUST too much...
Don't LOVE too much...
Don't HOPE too much....
Because that too much can HURT you so much...so...
Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengah (bersederhana)
(Hadis riwayat Baihaqi)


Berlebihan bukanlah sesuatu yang baik. jika diperhati dan difikirkan kejadian alam contohnya. paling senang kita ambil contoh "HUJAN". kita memerlukan hujan untuk  menyejukkan bumi, dengan hujan juga akan tumbuh tumbuhan dan buah yang segar dari bumi, hujan adalah sumber air yang penting bagi manusia (manusia x dpt hidup tanpa air dalam masa 3 hari). hujan yg lebat dan dalam masa yang lama akan menyebabkan banjir dan banjir ini akan merumitkan kehidupan seharian manusia, barang2 akan musnah diteggelami air, tanaman & ternakan juga akan musnah dan kejadian lemas mungkin akan berlaku. walaupun air adalah sesuatu yang penting, tetapi keterlebihannya akan merosakkan sesuatu.


Begitu juga jika sesuatu itu terlalu kurang. kita ambil contoh yang sama. jika tiada hujan dalam tempoh yang lama, maka akan berlakunya kemarau. sumber air akan berkurang, bumi akan terhidrat, banyak penyakit akan timbul, kehidupan seharian pn jd susah (air xde - nk mndi pn susah, bsuh bju, minum, nasib baik wuduk blh tayamum), tanah pun jd kering kontang. mcm dlm citer english literature Looking For A Rain God, disebabkan kjadian kmarau yg amat sgt Mokgobja pkat ngn family dia nk buat ritual dgn mengorbankan 2 org cucu dia Neo n Boseyong kononnya nk suruh 'tuhan hujan' turun kn hujan, tp semua tu x brhasil. kira thap desperate sgt la ni. itulah yg nak digambarkn bila sesuatu tu terlalu kurang.. Kalau ikut Islam kita ada Solat Sunat Istisqa' Minta Hujan, xperlu la acara ritual2 sebegini. 

Beginilah cara perbandingan yg Allah tunjukkan kepada kita untuk kita membezakan sesuatu yang baik dan buruk, yang perlu dan x perlu, yang boleh dan yg x boleh.  itulah yang harus kita amalkan dalam kehidupan seharian termasuklah dalam membeli, berhias,  dan sebagainya. biarlah bersederhana, kerana bersederhana itu tidak akan memudaratkan dirimu. sesungguhnya dalam setiap yang berlaku ada tanda-tanda kekuasaanNya bagi mereka yang memerhati dan berfikir.   
  
"Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang mukmin. Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran(di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini. Dan pada pergantian malam dan siang, dan hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dengan air hujan itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering); dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengerti"
[Al-Jasiyah;3-5] 

p/s: memohon maaf jika terdapat kesalahan yg tertulis di entry ini. aku hanya hamba yg sntiasa berbuat kesalahan kerna aku hambaNya yg lemah. 


Friday, 9 March 2012

it is come back

rasanya baru je habis praktikal
rasa baru je masuk kelas
tup tap tup tap
hari ganti hari
minggu ganti minggu
bulan ganti bulan
dan skrg ni dah msuk bulan 3..
hmm cepatnya masa berlalu
buku log, punch card, brg lapor diri + tmat tempoh, study case

dan bila dah dapat balik barang2 dalam gmbar kat atas tu, tu mnunjukkan kami tak lama lagi nak start praktikal balik..td petang(8/3/12) kami dah dpt blk dah smua bnda ni..so the praktical is coming!!! dan disebabkan jam kredit tuk praktikal ni 6 jam kredit dan itu bermakna kami akan praktikan selama 3 bulan kali ni...AGAIN!!!.. it's mean 12 weeks..WOW!! blh tahan lama
then kali ni tempat yg kami akan tuju, serang dan menyerang adalah HSNZ, HUSM, Hsptl Besut, KK MARANG, KK BUKIT PAYONG, klinik ortho, sekolah rendah + menengah, tadika, rumah2 org... siap sedia mnantikn kdatgn kami.. hehehe :)
kami akan kembali mlakukan kerja2 yg sinonim seorang nurse (dah praktikal nursing kn, x kn buat keje mcm arkitek pulak kn?) vital sign, d/scan, sponging, dressing, bg ubat, inject pt, suction, ecg, dan kami akan brtambah prosedur spt POP, cathetherization, palpate pregnant women, dll. dan yg pling menarik tuk sem ni kami akan ke sekolah, bg cramah skit.. msti best :)
1/4/12 ni akan mneruskan prbuangan berpraktikal sehingga 14/7/12... budak diploma lain da msuk sem bru da.. kami x abz lg.. 2 la pngorbanan kami.. cuti2 kena tolak tepi.. dia pnye slogan ialah cuti diketepikan, pesakit diutamakan.. heh
sampai cni je la. da x taw nk tlis apa.. pada rakan2 seperjuangan slmt mnempuh praktikal yg pnjg.. slmt menghadapi kerenah2 pesakit, doktor, nurses.. slmt berpening2 buat buku log n case study..

Thursday, 1 March 2012

c0me To ISLAM

Islam itu indah
kita akan sangat sayang kalau kita betul2 kenal Islam
sangat2 banyak benda yg kita boleh belajar
ia tentang SEMUA
yang nyata jua ghaib
semuanya lengkap..
it is the way of life.. Addin..
moga kita semua diberi HidayahNya dan masa
agar kita berpeluang kenal dan mencintaiNya
lahir dalam keadaan Islam itu satu anugerah
tapi itu tidak menjamin seseorang itu hidup di landasan Islam
yang penting kita mengenal, mendalami dan mampu menarik orang lain untuk mengenal Islam
moga kita sama2 diberi peluang dan kesenpatan untuk menjadi seorang Islam yg beriman
yang benar2 mendalami dan mengamal
sama2 menjadi hambaNya yg lebih bertaqwa. insyaAllah
may Allah bless us.. amin.