Assalamualaikum wbt
Don't TRUST too much...
Don't LOVE too much...
Don't HOPE too much....
Because that too much can HURT you so much...so...
Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengah (bersederhana)
(Hadis riwayat Baihaqi)
Don't LOVE too much...
Don't HOPE too much....
Because that too much can HURT you so much...so...
Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengah (bersederhana)
(Hadis riwayat Baihaqi)
Berlebihan bukanlah sesuatu yang baik. jika diperhati dan difikirkan kejadian alam contohnya. paling senang kita ambil contoh "HUJAN". kita memerlukan hujan untuk menyejukkan bumi, dengan hujan juga akan tumbuh tumbuhan dan buah yang segar dari bumi, hujan adalah sumber air yang penting bagi manusia (manusia x dpt hidup tanpa air dalam masa 3 hari). hujan yg lebat dan dalam masa yang lama akan menyebabkan banjir dan banjir ini akan merumitkan kehidupan seharian manusia, barang2 akan musnah diteggelami air, tanaman & ternakan juga akan musnah dan kejadian lemas mungkin akan berlaku. walaupun air adalah sesuatu yang penting, tetapi keterlebihannya akan merosakkan sesuatu.
Begitu juga jika sesuatu itu terlalu kurang. kita ambil contoh yang sama. jika tiada hujan dalam tempoh yang lama, maka akan berlakunya kemarau. sumber air akan berkurang, bumi akan terhidrat, banyak penyakit akan timbul, kehidupan seharian pn jd susah (air xde - nk mndi pn susah, bsuh bju, minum, nasib baik wuduk blh tayamum), tanah pun jd kering kontang. mcm dlm citer english literature Looking For A Rain God, disebabkan kjadian kmarau yg amat sgt Mokgobja pkat ngn family dia nk buat ritual dgn mengorbankan 2 org cucu dia Neo n Boseyong kononnya nk suruh 'tuhan hujan' turun kn hujan, tp semua tu x brhasil. kira thap desperate sgt la ni. itulah yg nak digambarkn bila sesuatu tu terlalu kurang.. Kalau ikut Islam kita ada Solat Sunat Istisqa' Minta Hujan, xperlu la acara ritual2 sebegini.
Beginilah cara perbandingan yg Allah tunjukkan kepada kita untuk kita membezakan sesuatu yang baik dan buruk, yang perlu dan x perlu, yang boleh dan yg x boleh. itulah yang harus kita amalkan dalam kehidupan seharian termasuklah dalam membeli, berhias, dan sebagainya. biarlah bersederhana, kerana bersederhana itu tidak akan memudaratkan dirimu. sesungguhnya dalam setiap yang berlaku ada tanda-tanda kekuasaanNya bagi mereka yang memerhati dan berfikir.
"Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang mukmin. Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran(di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini. Dan pada pergantian malam dan siang, dan hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dengan air hujan itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering); dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengerti"
[Al-Jasiyah;3-5]




No comments:
Post a Comment