Showing posts with label ~hikari~. Show all posts
Showing posts with label ~hikari~. Show all posts

Thursday, 13 December 2012

.:VIDEO ARAB:.

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt buat kawan2 semua.. mcm mna anda hari ni? harap2nya sihat semuanya.. Alhamdulillah kita masih lg diberikan pelbagai nikmat malah sentiasa ditambahkan nikmat itu saban waktu.. dan semoga kita tidak menjadi riya' dengan nikmat itu.. andai nikmat yg diberikanNya itu ditarik balik, janganlah kamu marah kerana itu semua hanya pinjaman belaka.. mungkin Dia tarik nikmat itu supaya kita tidak terus melangkah jauh dariNya.. Dia ingin kita selalu dekat dengan kita.. moga kita semua sentiasa berada dalam RahmatNya.. In Shaa Allah.. (n_n)

sebenarnya saya nak post, nak share something.. untuk semester 4 ni kami ada mengambil subjek bahasa arab I. disebabkan kami ni xde asas bahasa arab so kami msuk kelas arab komunikasi.. bg yg dh ada asas arab dia masuk kelas arab tinggi.. untuk kelas ni selain belajar, kuiz dsb.. kami diminta untuk membuat 1 video dlm bahasa arab.. kiranya ni satu tugasan la.. assignment.. so utk buat video ni kami tgk beberapa cerita n video2 kat youtube sbb rujukan, mncari idea tuk mmbuat rangka cerita, dialog dsb.. bila dialog dh dibuat, masalah sekarang adalah untuk menukarkan dialog yg kami tulis dlm Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Arab.. so disebabkan tempoh utk menyiapkan video ni dh suntuk.. kami kelam kabut nk mncari org tuk tlg translatekan dialog tu.. student Fakulti Kontemporari Islam, ustaz2, ustazah2, semua kami mntk tolong.. Alhamdulillah bila dialog dh ditranslate kami start la berlakon.. dan hasil2 video kami ditonton bersama di dalam kelas terakhir bahasa Arab.. disini saya nak share hasil video yg kami buat (ehh ni video group kawan2 pnya).. sebab sy rasa video dia orang terbaik.. 

selamat memonton (n_n)
video 1 : tekan sini
video 2 :tekan sini

** tuk video 2 tu.. klau korang perasan part salam masa kawin tu cuba korang teka tangan siapa... jgn salah faham yek.. :)... 
** apa2 blh coment kt bawah ye.. Assalamualaikum

Wednesday, 28 November 2012

.:6 KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH:.


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...


p/s: i'm juz copy n paste it.. i know it really good.. moga bermanfaat

Friday, 12 October 2012

.:Lelaki Acuan Al-Quran:.



Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman 

Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya 
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona 
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga 
Disitulah rumah impiannya 
Bersama wanita acuan al-Quran"

Lelaki acuan al-Quran
Amat sukar untuk kutemu
Mungkin ada satu dalam seribu
Tapi belum tentu dia akan menjadi milik ku
Kerna itu aku juga harus menjadi wanita acuan al-Quran
Walau dia tidak dapat dijadikan permata hati
Harapanku moga dapat kulahirkan pejuang agamaMu Ya Rabbi
Sebagai penerus khalifah di muka bumi Mu ini..

** Lelaki acuan al-Quran ni sy copi&pasta dr post kwn sy di fb (moga kamu jd lelaki acuan al-Quran.. insyaAllah).. mungkin kwn2 prnh baca nukilan ni kat blog2 lain.. so i'm just to sharing to other friends yg sudi baca... tp yg rangkap akhir tu sy tambah sendiri, klau ikut yg asal xde... (n_n).. assalamualaikum

Thursday, 5 April 2012

tak perlu lebih tak perlu kurang

Assalamualaikum wbt
Don't TRUST too much...
Don't LOVE too much...
Don't HOPE too much....
Because that too much can HURT you so much...so...
Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengah (bersederhana)
(Hadis riwayat Baihaqi)


Berlebihan bukanlah sesuatu yang baik. jika diperhati dan difikirkan kejadian alam contohnya. paling senang kita ambil contoh "HUJAN". kita memerlukan hujan untuk  menyejukkan bumi, dengan hujan juga akan tumbuh tumbuhan dan buah yang segar dari bumi, hujan adalah sumber air yang penting bagi manusia (manusia x dpt hidup tanpa air dalam masa 3 hari). hujan yg lebat dan dalam masa yang lama akan menyebabkan banjir dan banjir ini akan merumitkan kehidupan seharian manusia, barang2 akan musnah diteggelami air, tanaman & ternakan juga akan musnah dan kejadian lemas mungkin akan berlaku. walaupun air adalah sesuatu yang penting, tetapi keterlebihannya akan merosakkan sesuatu.


Begitu juga jika sesuatu itu terlalu kurang. kita ambil contoh yang sama. jika tiada hujan dalam tempoh yang lama, maka akan berlakunya kemarau. sumber air akan berkurang, bumi akan terhidrat, banyak penyakit akan timbul, kehidupan seharian pn jd susah (air xde - nk mndi pn susah, bsuh bju, minum, nasib baik wuduk blh tayamum), tanah pun jd kering kontang. mcm dlm citer english literature Looking For A Rain God, disebabkan kjadian kmarau yg amat sgt Mokgobja pkat ngn family dia nk buat ritual dgn mengorbankan 2 org cucu dia Neo n Boseyong kononnya nk suruh 'tuhan hujan' turun kn hujan, tp semua tu x brhasil. kira thap desperate sgt la ni. itulah yg nak digambarkn bila sesuatu tu terlalu kurang.. Kalau ikut Islam kita ada Solat Sunat Istisqa' Minta Hujan, xperlu la acara ritual2 sebegini. 

Beginilah cara perbandingan yg Allah tunjukkan kepada kita untuk kita membezakan sesuatu yang baik dan buruk, yang perlu dan x perlu, yang boleh dan yg x boleh.  itulah yang harus kita amalkan dalam kehidupan seharian termasuklah dalam membeli, berhias,  dan sebagainya. biarlah bersederhana, kerana bersederhana itu tidak akan memudaratkan dirimu. sesungguhnya dalam setiap yang berlaku ada tanda-tanda kekuasaanNya bagi mereka yang memerhati dan berfikir.   
  
"Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang mukmin. Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran(di bumi) terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) untuk kaum yang meyakini. Dan pada pergantian malam dan siang, dan hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dengan air hujan itu dihidupkanNya bumi setelah mati (kering); dan pada perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengerti"
[Al-Jasiyah;3-5] 

p/s: memohon maaf jika terdapat kesalahan yg tertulis di entry ini. aku hanya hamba yg sntiasa berbuat kesalahan kerna aku hambaNya yg lemah.