Thursday, 5 September 2013

DUIT RAYA UNTUK APA?

Assalamualaikum w.b.t … kawan2 yg dirahmati Allah sekelian.. semoga dalam perlindungan Yang Maha Esa hendaknya..

Lama sangat2 tak bukak blog ni, rasanya last bukak akhir tahun lepas.. kalau lah blog ni macam rumah agaknya sarang labah2 penuh sana sini, berhabuk tak yah cakap la.. ntah2 orang tengok pun dah macam rumah hantu.. huhuhu.. tapi takpe lah asalkan ‘LOVE LATTER’ bukak hari2.. paling2 kurang 1 muka surat sehari.. kalau rajin boleh baca byk sikit kan??

Sebenarnya hari ni nak cakap pasal DUIT RAYA.. maklumlah kita baru je lepas sambut hari raya aidilfitri hari tu kan (walaupun dah berminggu2) selepas sebulan berpuasa. Bagi kawan2 apa yg best bila tibanya musim raya ni?? Kalau sy la mestilah duk menunggu duit raya selain dapat makan best2 time raya ni.. tapi bila dah besar2 ni stakat sedara mara, pakcik makcik je la yg bagi duit raya.. orang lain jangan harap la kan.. sebab tu la raya masa kecik2 dulu lagi best sebab kita boleh pusing 1 kampung, 1 taman g beraya rumah orang, orang yang tak kenal pun main hentam jek.. hehehe…

So, dengan duit raya yang kawan2 dapat tu apa kawan2 buat?? Simpan dalam bank, kumpul banyak2 lepas tu beli barangan idaman, beli barang2 skolah, atau apa??
Kalau dalam family sy duit raya ni simpan dalam bank tabung haji.. setiap kali raya memang bank tu la tempat simpanan duit raya kami adik beradik.  Sy ni jenis nak lebih dari adik2 yg lain (tp jenis yg x memudaratkan ok), so sy akan makesure yg duit raya lebih banyak dr adik2 sy yg lain. Jadi rajin la sy ni duk mengikut pakcik makcik sy g beraya rumah kawan dia, so dpt la duit raya lagi.

Bila mama cakap nak g bank masuk duit, kami adik beradik pun kira la duit raya masing2.. sape yg duit raya dia banyak dari org lain mesti kena tanya “nape kau punya lagi banya?”.. tak puas hati la tu huhu.. yang lagi best bila dah masukkan duit dalam bank tu mesti nak bandingkan hasil simpanan yg selama ni simpan kat dalam bank tu.. berebut-rebut nak tengok buku bank masing2 lepas tu cakap “duit aku dah banyak ni……..” , “wah buku bank dah sampai blakang”, “aku punya lagi banyak dari kau”.. dan macam2 lagi ragam kami..

So duit raya kami ni sememangnya khas untuk simpanan kami tuk bawak pergi haji, walaupun jumlahnya tak banyak lagi, tapi bak kata orang dulu2 “sikit2 lama2 jadi bukit”.. slalu simpan lama2 banyak la tu.. so yg bagi kami duit raya tiap2 tahun tu trima kasih banyak2.. moga anda2 semua para pemberi duit raya pun dapat pahala yg banyak sebab secara tak langsung membantu kami untuk menunaikan rukun islam ke-5 tu.. jangan serik nak kasi duit raya kat kami taw.. hehehe..

Fyi, my mom dh daftarkan kami untuk haji, kalau tak silap sy punya tahun 2048.. lama sangat lagi. Time dah tua pun, dalam 40-50 tahun gitu.. moga2 Allah panjangkan umur agar dapat sy menunaikan haji, dapat jejakkan kaki di bumi barakah tu.. insyaAllah.. amin..


**so kawan2 korang punya duit raya korang buat ape?? Share2 la
** gambar hiasan dr uncle google

Thursday, 13 December 2012

.:VIDEO ARAB:.

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt buat kawan2 semua.. mcm mna anda hari ni? harap2nya sihat semuanya.. Alhamdulillah kita masih lg diberikan pelbagai nikmat malah sentiasa ditambahkan nikmat itu saban waktu.. dan semoga kita tidak menjadi riya' dengan nikmat itu.. andai nikmat yg diberikanNya itu ditarik balik, janganlah kamu marah kerana itu semua hanya pinjaman belaka.. mungkin Dia tarik nikmat itu supaya kita tidak terus melangkah jauh dariNya.. Dia ingin kita selalu dekat dengan kita.. moga kita semua sentiasa berada dalam RahmatNya.. In Shaa Allah.. (n_n)

sebenarnya saya nak post, nak share something.. untuk semester 4 ni kami ada mengambil subjek bahasa arab I. disebabkan kami ni xde asas bahasa arab so kami msuk kelas arab komunikasi.. bg yg dh ada asas arab dia masuk kelas arab tinggi.. untuk kelas ni selain belajar, kuiz dsb.. kami diminta untuk membuat 1 video dlm bahasa arab.. kiranya ni satu tugasan la.. assignment.. so utk buat video ni kami tgk beberapa cerita n video2 kat youtube sbb rujukan, mncari idea tuk mmbuat rangka cerita, dialog dsb.. bila dialog dh dibuat, masalah sekarang adalah untuk menukarkan dialog yg kami tulis dlm Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Arab.. so disebabkan tempoh utk menyiapkan video ni dh suntuk.. kami kelam kabut nk mncari org tuk tlg translatekan dialog tu.. student Fakulti Kontemporari Islam, ustaz2, ustazah2, semua kami mntk tolong.. Alhamdulillah bila dialog dh ditranslate kami start la berlakon.. dan hasil2 video kami ditonton bersama di dalam kelas terakhir bahasa Arab.. disini saya nak share hasil video yg kami buat (ehh ni video group kawan2 pnya).. sebab sy rasa video dia orang terbaik.. 

selamat memonton (n_n)
video 1 : tekan sini
video 2 :tekan sini

** tuk video 2 tu.. klau korang perasan part salam masa kawin tu cuba korang teka tangan siapa... jgn salah faham yek.. :)... 
** apa2 blh coment kt bawah ye.. Assalamualaikum

Wednesday, 28 November 2012

.:6 KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH:.


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...


p/s: i'm juz copy n paste it.. i know it really good.. moga bermanfaat

Saturday, 24 November 2012

.:Tempat Khas Buatmu Saudaraku:.




Alhamdulillah.. baru je lepas exam final weeks dan pada masa yang sama student2 diploma lain dah start sem yang baru.. dan kami masih lagi di sem 5 disaat dip. yang lain dah sem 6.. ye la kami ada praktikal tapi dia orang xde.. nak x nak kena redha la sbb dah plih jalan ni kan... (n_n).. moga apa yg kami lakukan sepanjang praktikal ni dikira olehNya.. dan moga jalan ni dapat menjadi satu jalan dakwah yang baik.. In Sha Allah..

crita2 pasal exam ni.. sem ni sy ada amek 1 subjek "caring and human relationship + sosiology II".. dsamping belajar subjek ni ditambah juga topik perawatan dalam islam yg diajar oleh Prof. Dr. Basri.. then masa tgh study note2 dia tuk prsediaan exam hari tu, sy trbaca 1 hadis yg ada dlm note (note2 ni mmg byk hadis utk menguatkan hujah)...

hadis dia :


Abu Dawud meriwayatkan di dalan sunannya dengan sanadnya daripada Hadis Muhammad bin Khalid Al-Silmi, daripada bapanya daripada datuknya. Beliau pernah bersahabat dengan Rasulullah SAW. Katanya saya pernah mendengar Rasulullah bersabda “Sesungguhnya seseorang hamba, apabila telah ditetapkan satu kedudukan di sisi Allah, yang tidak dapat dicapai dengan amalan yang dilakukanya. Allah akan ujinya (bagi membolehkannya mencapai kedudukan tersebut) pada jasad, harta dan anaknya”.




In Shaa Allah, moga-moga pengorbananmu wahai saudara-saudaraku di Gaza terbalas kelak. Sesungguhnya kamu seorang yang kuat, sabar dan tidak mudah kalah. Dan saya yakin telah disediakan tempat yang khas buat kamu di sisiNya. 

Dan kerana itu juga saya iri dengan kamu. Perginya kamu dari penjara dunia ini In Shaa Allah syurga buatmu kawan. Kerana syahid itu Allah telah menjanjikan syurga. Tapi kami di sini belum pasti apahkah syurga itu layak buat kami, dan mungkinkah api yang panas itu bakal menyambar kami untuk dijadikan penghuni setia di dalamnya. Nauzubillah. Minta dijauhkan dari itu kerana kami tidak sanggup untuk menjadi isinya.


Kamu memang pantas untuk mendapatkan syurga itu saudaraku, kerana ujian buatmu di dunia ini berat dan kamu laluinya dengan sabar serta berserah kepadaNya. Tapi kami walau tidak diuji seberat kamu, senang saja hanyut, mengejar dunia yang dirasakan segalanya. Sedangkan kami tahu dan yakin hari pengakhiran itu pasti, hari perhitungan itu ada dan syurga neraka dibuat untuk hambaNya. Setengah diantara kami meletakkan istilah ini dalam kamus kedua atau ketiga hidupnya mungkin. Tidak selalu menyegar dalam fikiranya saban hari, tidak disuburkan dalam jiwanya tiap waktu. Ya Allah!! Betapa ruginya kami. 

Bagiku Ujian kesenangan itu lagi sukar dari ujian kepayahan bagi orang yang mengejar dunia. Kerana dengan kesenangan itu dia akan lupa dari mana datangnya nikmat itu, lupa untuk bersyukur dengan rezeki yang dikurnia, berasa tidak cukup apa yang ada sehingga takut untuk berkongsi rezeki dengan insan lain yang memerlukan. Itulah, betapa sempitnya pemahaman rezeki bagi mereka. 

Ya Allah, jangan biarkan kami terus hanyut di dalam duniaMu. Jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu, sentiasa redha dengan ketentuanMu, sabar dengan ujianMu. Amen. 
buat saudara2 di Gaza.. doa kami titip buatmu.. moga kamu tabah, sesungguhnya kamu ada tempat khas di sisi Allah.

wassalam.

**mlm ni dah kena smbung praktikal lg.. shif malam 9pm-7am.. jadi burung hantu la.. ntah2 tetido kt wad tu nnti.. hehe**

Friday, 12 October 2012

.:Lelaki Acuan Al-Quran:.



Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman 

Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat
Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya 
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona 
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga 
Disitulah rumah impiannya 
Bersama wanita acuan al-Quran"

Lelaki acuan al-Quran
Amat sukar untuk kutemu
Mungkin ada satu dalam seribu
Tapi belum tentu dia akan menjadi milik ku
Kerna itu aku juga harus menjadi wanita acuan al-Quran
Walau dia tidak dapat dijadikan permata hati
Harapanku moga dapat kulahirkan pejuang agamaMu Ya Rabbi
Sebagai penerus khalifah di muka bumi Mu ini..

** Lelaki acuan al-Quran ni sy copi&pasta dr post kwn sy di fb (moga kamu jd lelaki acuan al-Quran.. insyaAllah).. mungkin kwn2 prnh baca nukilan ni kat blog2 lain.. so i'm just to sharing to other friends yg sudi baca... tp yg rangkap akhir tu sy tambah sendiri, klau ikut yg asal xde... (n_n).. assalamualaikum