Friday, 28 September 2012

CORETAN BUAT AYAH BONDA


Tanah itu namanya gah
Tempat lahirnya kekasih Allah
Bermulanya ajaran cahaya Ilahi
Itulah dia tanah suci
Adanya tempat haram yang lagi diberkahi

Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah
Bulan ini penuhnya pasti
Dibanjiri hamba-hamba yang mencari redha Ilahi
Dari rezeki yang Allah beri
Rukun ke-5 pasti dipatuhi

Tempat ini impian semua
Menjejak kaki menyegar mata
Ayah bonda, aku dan anda semua
Tak akan mungkin tak ingin ke sana
Walau peluang sekali sahaja
Akan diguna sebaik-baiknya

Esok
Penerbangan ke Tanah Suci itu esok
Ya, ayah bondaku dijemput ke tanah itu
Alhamdulillah
Anak-anakmu, adik beradik serta saudara mara
Bakal mengiringi kamu
Walau lapangan terbang itu memisahkan kita
Walau burung besi itu terbangkan kamu ke sana
Ingat pesanmu berlegar di kepala
Rindu padamu mekar di jiwa

Usah kau risau wahai bonda
Walau tidak bertentang mata
ICT kini menyambung dunia
Panggilan, pesanan ringkas boleh diguna
Internet jua ada di mana-mana

Duhai ayahanda
Pesanmu tidak ku lupa
Jagaan kakak buat adik-adikku
InsyaAllah semua akan terjaga
Saudara mara ada sentiasa
Membantu setia tak kira masa

Wahai insan yang ku sayang
Pergi dan pulangmu selamat hendaknya
Terpisah kita sementara Cuma
45 hari mungkin tidak bersua
Lima jam zon masa kita berbeza
Tapi doa akan terus sampai ke sana
Tanpa mengira detik, hari dan ketika

Doa kami buat ayah dan bonda
Moga dipermudah segala-galanya
Umrah dan haji mabrur hendaknya
Khilaf dan dosa diampunkan Dia
Sesungguhnya Dia dekat dengan kita
Dan kepadaNya wajib dipercaya
Yang Maha Satu dan Maha Kaya
InsyaAllah dengan izinNya
Moga barakah kita sekeluarga
Akhir kata
Selamat berangkat ke sana
Cebisan coretan dari anakmu tercinta
(n_n)



20:03|28092012
Kg. air terjun, besut, trg

Saturday, 4 August 2012

KernaMu


Dengan nama Mu Ya Allah
Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Yang memberi segala nikmat
Yang Maha Mengaturkan
Serta yang Maha Menghidup dan Mematikan

KernaMu aku disini
TanpaMu aku tidak kuat berdiri
KernaMu aku jatuh dan bangkit kembali
Walau tersungkur jatuh ke bumi
Walau tulang retak dek pukulan Tsunami
Walaupun aku hilang orang yang disayangi
Syukur ku lafaz kehadratMu Illahi
Kerna aku tak sendiri
Aku sentiasa adaMu di sisi
Yang dapat dirasa dengan hati

Sesungguhnya aku tidak kuat tanpaMu
Tiada arah tuju
Bagai lelayang terputus di awan kelabu
Mengikut tarian angina di waktu itu
Dan itu buat aku jauh dariMu

Kerana aku terlalu merinduMu dan kekasihMu
Yang dapat kulepas dalam sujud ke sujud cintaku
Moga aku tidak kehilanganMu
Dan moga hati ini tidak berpaling dariMu.




*** sambil2 tunggu abah, abg, n adik2 smbhyg jmaat kt masjid, taib ni kat msg handphone bg hilang boring***

1320:030812

Friday, 15 June 2012

TEMAN


pertama kali kita berjumpa
tidak kepastiannya ternyata
diriku dipenuhi soalan
ku tiada teman
aku terlihat insan yang keliru
air yang deras mencermin wajahku
engkau menjelma memberi harapan
menghulur tangan
sempena hari mulia ini
aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
semua yang kerap kita mengadukan
kini jadi bahan rindu yang ku simpan
detik masa kini kedengaran
aku mengucap selamat jalan
kepada teman yang sering menghibur
dengan gurauan
bagaikan anak yang baru dilahir
titisan mata pun mula mengalir
di simpang jalan kita menyebut
kata terakhir.. woooo oooo
sempena hari mulia ini
aku tersenyum lalu mengimbasi kembali
semua yang kerap kita mengadukan
kini jadi bahan rindu yang ku simpan
ku hargai semua yang terjadi
memang nyata dirimu takkan ada pengganti
semoga kita dapat bertemu semula
kerna aku yakin engkau kan sentiasa di hatiku
TERIMA KASIH SENIOR

Friday, 20 April 2012

.::NIKMAT JUGA UJIAN::.

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah masih lg dberi ksemptn utk hidup, msih blh melihat dn mndengar.. sihat tanpa cacat cela.
kali ni sy nk tulis pasal ujian yang kadang kala kita terlepas pandang.. hmm apa tu?

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah; 155)

Sebagaimana yg diterangkan dlm ayat di atas, kita dapat simpulkan bahawa antara senarai di atas tersebut merupakan ujian berbentuk kesukaran buat manusia. takut, lapar, miskin, masalah dan lain2. terdapat segelintir di antara kita yang hanya memandang kesukaran dan musibah yang datang kepadanya itu sahaja yg dianggap ujian dan kesenangan yg dilalui itu disebabkan usaha mereka sendiri.   
Keperitan ujian itu kadang kala meninggalkan parut dan kesan yang besar kepada manusia, hal ini kerana parut itu, dengan kesan itu kita akan ingat dan kita akan ambil pengajaran. Tuhan tidak melakukan sesuatu tanpa sebab, walaupun sebabnya itu kita tidak nampak dan terkadang kita mempersoalkannya.. 
Dan apabila kita diuji dengan kesenangan, kemewahan, kecantikan, kecerdikan, dan segala ke_an. kita lupa ini juga merupaka salah satu bentuk ujian. ujian yang lagi bahaya dari kesusahan, kemiskinan dan yg seumpama dengannya.. KENAPA??? sebab dengan kesenangan, kemewahan, kecantikan dan kecerdikan ini kita akan jadi lalai, sombong, bongkak, pentingkan diri, tidak bersyukur, tak menderma dan boleh mmbuatkan kita lg jauh dr Tuhan. mereka ni akan fikir yang apa yg dia ada hanyalah krna usaha mereka semata-mata dan mereka mmg sgt berhak utk mendapatkannya. sedangkan sebelum itu ketika dia ditimpa musibah dia memohon kepada Tuhan agar dilepaskan dari musibah tersebut.

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata "sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Az-Zumar; 49)

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.(Al-Anfal; 28)


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Al-Anbiya; 35)

konklusinya, nikmat itu adalah ujian. ujian yang menghendakkan kita bersyukur dengan pemberian dariNya. dan Dia ingin menguji kemanakah kita membawa kenikmatan yg diberiNya itu. apakah di jalan diredhaiNya atau dimurkaiNya. kerna nikmat ini bakal ditanya kelak.

=tuk entry yg x seberapa nie, moga sedikit sebanyak dapat kita fikir2kan=

Thursday, 12 April 2012

.::JaMbaTaN WaRNi::.


Pelangi dipagi hari
Seusai hujan membasahi bumi
Manusia kini mula berdiri
Memuji jambatan warni ciptaan Ilahi
Namun di satu sudut
Bumi masih lagi menangis
Menangisi kisah pagi sang bumi
Dengan kata-kata insani yang laju menari
Yang terkadang tarinya sepantas ribut dilangit
Kerikan keluhan kini berbunyi
kenapa ini terjadi?
Mereka ini tidak mengerti
Irama alunan duruh bergendang
Cahaya silau kilat nan terang
Disebaliknya itu tersimpan harapan
Yang pangkalnya tidak diketahui
Bakal muncul pelangi penyeri bumi
Itulah kuasa Allah Ya Rabbi