Tuesday, 31 January 2012

.::ITU SAHABAT::.

Dua orang sahabat baik sedang mengembara di sebuah padang pasir yang sangat luas saujana mata memandang. Di tengah-tengah perjalanan, berlaku sedikit salah faham antara mereka yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan amarah, seorang itu telah memukul sahabatnya.

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul tadi mengambil ranting kayu dan menulis di pasir:

"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan bersama-sama sehingga sampai ke sebuah lembah subur. di lembah tersebut, ada sebuah tasik yang mempunyai air yang sangat dingin dan menyegarkan. Tanpa berlengah, sahabat yang dipukul tadi terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan badan. Tiba-tiba dia gagal mengawal diri dan mula lemas di dalam tasik itu.

Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya. Setelah naik ke tepi tasik, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu yang tertulis.

"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."

Sahabat itu bertanya, "Tadi, sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahatnya di atas batu?''

Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin sebaliknya aku memahat pada batu supaya aku dapat mengingatinya sehingga bila-bila...."
 BEGITULAH KEHIDUPAN... 
IA UMPAMA RENCAH MASAKAN
PASTI ADA RASA MANIS, MASAM, MASIN, PAHIT, PAYAU, TAWAR
KESENANGAN, KENIKMATAN, KESAKITAN, KESUSAHAN DAN DUGAAN DATANG SILIH BERGANTI. ITU SEMUA UNTUK KITA JD LEBIH KUAT, LEBIH DEKAT DENGAN-NYA, DAN JD HAMBA YG SENTIASA BERSYUKUR.
SENTIASA LAH INGAT PERTOLONGAN YG DIBERI

Monday, 30 January 2012

.::ILMU, BELAJAR, NIAT::.

"ok class i want give u assignment"
"saya nak awak bahagi beberapa kumpulan dan saya nak suruh kamu buat 'flip chart', tajuknya saya akan bagi..."
"i want u do group presentation"
" i want u do role play about ......"
"find out about this and explain to me in my next class"

inilah antara arahan2 yg biasa kita dengar selama kita masih belajar terutama d universiti @ sekolah. ni baru kerja2 yg wajib (harus) kita buat sebagai tugasan menjadi seorang pelajar, x masuk lagi meeting2, kokurikulum, persatuan tu persatuan ni (kalau korang aktif la) terutama bila dah pegang jawatan (mmg byk kerja).
susahlah
payahlah
lecehlah
tak retilah
malaslah
n so on lah... banyak pulak 'lah' dia :)
alasan, alasan dan alasan
itulah kita selalu timbulkan
ada ja nak escape
sesungguhnya semua ni TANGGUNGJAWAB kita
BELAJAR. itulah kehidupan, setiap hari kita akan belajar walaupun kita sendiri tak sedar pun kita tengah belajar sesuatu tu. sehinggakan kita menggunakan apa yg kita belajar tu. contohnya, kita borak2 dgn kawan kita dan dia bagitahu kita something, mungkin kita hanya menganggap ia hanya percakapan biasa. pada suatu hari tu, adalah seorang hamba Allah tanya kat kita soalan (yg berkait dgn something yang kawan kita bagitahu dulu tu), so kita pun boleh la bagitahu dia pasal tu (dah kira tolong orang la ni). nampak tak tanpa sedar kita dapat ilmu dan tanpa sedar kita bagi orang lain ilmu juga. dan inilah ilmu, sesuatu perkara yang kita peroleh yang mampu membantu kita dan orang lain selain dapat menambah sesutu yang baru dalam hidup kita(erti ilmu bg aku).
"TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD"
Rasulullah juga pernah bersabda: " Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"
[hadis riwayat Bukhari & Muslim]

parents kita hantar kita jauh2 tuk kita belajar, agar kita pandai, bijak dalam menilai, bisa mengenal baik buruk, boleh jadi orang yg berguna satu hari nanti. anak yang boleh menggembirakan hati mereka (subhanallah sangatlah besar pahala seorang anak yg membuat ibu bapanya gembira), yg mendoakan kesejahteraan samaada masih hidup @ dah meninggal, anak yg mampu mendidik anak2 bangsa dengan nilai2 islam.jadi belajarlah bersungguh2 dan jangan bazirkan wang yg telah mereka belanjakan untuk pelajaran kita.
“Sesungguhnya setiap sesuatu bermula dengan niat..”(Hadith Mutafaqa’alaih)
maka berniatlah anda kerana Allah, kerana Allah sentiasa ada dan Maha Berkuasa. jika kita meletakkan niat kita keatas sesuatu atau seseorang, mungkin apa yg kita usahakan itu tidak membuahkan hasil yang baik apabila sesuatu itu hilang atau musnah. 
sebagai contoh, anda melakukan sesuatu (cth belajar) disebabkan ayah anda, dan ditakdirkan suatu hari ayah anda dijemput Ilahi, anda mungkin akan putus harapan dan berasa tiada guna lagi anda belajar serta mengambil keputusan untuk berhenti.
begitu juga kebanyakan manusia sekarang ini [ termasuk saya] 

belajar hanya untuk lulus dan mendapat markah @ pointer yg tinggi dalam peperiksaan. dan apabila selesai saja peperiksaan segala ilmu yang dipelajari selama ni hilang dibawa kertas ujian. kerana kita menganggap ia sebagai beban untuk dilepaskan dan dimuntahkan di helaian2 yang bakal 'diconteng dgn dakwat2 tinta'. 
Ya Allah, ruginya kita
"moga Engkau membuka hatiku dan kami semua agar sentiasa berniat keranaMu, sesungguhnya kami hamba Mu yang lalai dan leka"
sebagai konklusinya, ilmu bukan hanya apa yg kita belajar di dalam kelas, bukan sekadar di dewan kuliah tapi ia berada di sekeliling kita. tersangatlah banyak. jadi janganlah anda meletakkan ilmu itu hanya berada di tempat2 tertentu shja. then, belajarlah dengan ilmu yang kita ada dan amalkan, serta bantulah orang d sekeliling kita. dan yg terpenting betulkan niat kita agar apa yg kita dapat 2 bermanfaat dan menguntungkan buat semua... 
sampai sini je la entri kali ni ( agak pnjg jgk, entah2 korang boring baca). moga apa yg ditulis dan tertulis ni dpt bg manfaat kt semua dan aku juga. amen.

Friday, 27 January 2012

==> pUdiNg k0kTaiL<==


cam ni la lbih kurang rupa dia. sya lupa nk amk gmbr hri 2. so ni pick up dr internet je la

.::Bahan-bahan::.
30 cawan air [ bkn gelas]
2 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 peket (25g) agar2 [bkn yg serbuk]
Secubit garam (bg cukup rasa)
1 tin koktail
.::::Cara dia::::.
1.       Didihkan air dlm periuk. [guna periuk yg agak besar sbb byk jgk nie]
2.       Masuk kan agar-agar dlm air yg di didihkan 2 smpai cair [biasa saya rendam dulu dgn air biasa konon bg lembut n bersih la sikit ]
3.       Masukkan susu pekat dan susu cair [sambil2 2 kena la kcau taw, susu xleh smpai didih]
4.       Kemudian masukkan garam secukup rasa [korang jgn guna magi cukup rasa pulak ;p]
5.       If ada or suka boleh masukkan esen vanilla sikit [ guna ja kretiviti korang yg sedia kretif 2, pape je nk ltk prisa @ color] :)
6.       Siap. Tngu sejuk sikit (suam)then boleh tuang dlm bekas @ mangkuk yg comel2.
7.       Lepas pudding nie beku blh la tuang koktail dgn air dia skali [sbgai kuah]. Nak sedap makan time sejuk2 yg baru kluar dr peti ais. Emm yummy.

p/s: koktail 2 saya biasa campur dengan air biasa plus air gula sikit. Nak kasi jd banyak.
p/ss: resipi ni mmg dpt byk. Agak2 korang blh ajk sedara mara  @ 1 kelas korg join skali mkn ni. So klau korang xnak byk sangat [takut membazir] korang pabdai2 la bahagi2 sukatan bahan2 2.  
 SELAMAT MENCUBA 
gerenti sedap, InsyaAllah.
saya ada bg resipi ni kt kwn saya, and hasilnya berjaya.

Monday, 9 January 2012

kata buatmu


Assalamualaikum wbt.
Tangan ni bergerak lagi menekan petak-petak di papan kekunci, maka terbitlah coretan yang tak seberapa ini. Moga dapat ambil input yang baik, InsyaAllah. Coretan ini ditulis apabila saya menonton satu rancangan di kaca tv.

 Di suatu tempat
A             :  macam mana kita nak nasihat orang lain atau kita nak berdakwah?
B             :  sebelum saya jawab soalan tu, saya nak Tanya satu soalan boleh?
A             :  boleh. Apa soalannya?
B             : biasa orang tangkap ikan guna umpan apa?
A             : hmm. Nenek saya cakap guna umpan cacing.
B             : awak suka makan cacing tak?
A             : hah! Mestilah tak.
B             : haa. Jadi samalah juga dengan dakwah, kita tak boleh guna cara yang kita suka sebaliknya kita kena guna cara yang orang tu suka. Barulah orang tertarik nak dengar.
A             : hmm. Ya tak ya jugak.
B             : kalau kita nak memancing ikan pun, tak semua guna umpan cacing. Ada yang guna umpan roti, udang dan ikan kecik. Strategi tu kena rancang dengan baik.

A             : owh.. maksudnya kita perlukan cara yang berbeza la pada setiap orang bila nak nasihat atau berdakwah ni?
B             :  ya betul tu. You get the point. Cara kita nak didik orang muda berbeza dengan nak didik orang yang lebih tua. Contohlah, kalau kita guna cara ceramah or something like that la pada golongan muda dibandingkan dengan bagi dia dengar lagu (ada unsur2 baik/nasihat) mana dia orang akan pilih? Peratusnya pasti lebih kepada mendengar lagu, kerana masyarakat muda sekarang lebih suka muzik.  Begitu juga pendekatan kita kepada insan yang berlainan agama. Tak boleh lah kita mencaci maki agama dia orang, sebaliknya kita perlu menunjukkan nilai2 murni yang ada pada agama Islam ni. Paksaan bukanlah cara yang tepat. Kita perlulah lebih banyak mendengar daripada bercakap, biarkan dia bercakap dan kita hanya mendengar dan bertanya soalan sahaja. Cerita2 ni merupakan symptom kepada permasalahan mereka dan melalui sini juga kita akan jumpa puncanya. Dalam menyelesaikannya kita perlu merawat punca bukannya merawat symptom, sekiranya kita merawat symptom maka kejadian sama pasti akan berlaku lagi.

A             : sekarang saya faham. Macam mana pula kita hendak menegur rakan2 kita yang tidak menutup aurat ( tidak bertudung) tapi baik budi pekerti tanpa mengguris hatinya? Kadang2 terasa berat untuk menegur sebab takut dia berkecil hati.
B             : emm. Sebab tu musuh/orang yang benci kat kita pun ada manfaat dia. Bukan saja2 Allah bagi kita ada musuh ( bukan nak suruh anda cari musuh na!!!). nak cakap kat sini, musuh akan sentiasa mencari kesalahan dan kekurangan kita dan dia akan merendah-rendah dan memerli kita dengan kekurangan tu, sebaliknya rakan baik kita akan lebih pandang pada kelebihan dan memuji kita tanpa cuba membetulkan kesalahan kerana dianggapnya kecil. Jadi di sini dengan perlian dan kekurangan yang dikatakan pada kita, kita akan lebih berusaha untuk menambah baik diri kita serta menampung kekurangan yang ada. Tidakkah itu satu kebaikan?
A             : yup!
B             : berbalik pada soalan tadi. Memang ramai yang saya jumpa kebanyakan wanita tidak bertudung tapi budi pekertinya baik. Ada diantara mereka ini mencintai majlis ilmu dan gemar mendengar hal2 agama (ada juga yg x). Di situ kita dapat lihat, dalam diri mereka memang ada nilai yang baik dan ini juga menunjukkan mereka ingin berubah menjadi lebih baik. Tak boleh la kalau dalam majlis ilmu atau yang seangkatan dengannya, bila ada ja wanita yang tak bertudung datang kita terus halau dia keluar atau kutuk2 dia. Alasan kita dia tak layak nak datang ke majlis2 sebegitu, siapa kita nak melayakkan sesuatu.. kita seharusnya selidik hujung pangkal kenapa tak bertudung, kut-kut la dia ada pnyakit kulit ka, allergic ka, family dia tak bagi ka and what so ever lah. Khunuzzhon. So bila dah taw punca kita akan boleh selesaikan masalah ni. Ingat jangan main terjah je. Dakwah ni macam marketing, kalau kita kutuk orang tu and the lpas tu kita nak suruh dia beli produk kita, agak2 nak ke dia beli?? Dan pastinya tak..
pilihan kat tangan kita

A             : kebanyakan orang sekarang (kt Malaysia) bila ada orang baru masuk islam, mereka mesti akan suruh belajar ciri2 orang melayu, makan cara orang melayu dan apa sahaja perkara berkaitan melayu. Cuba bagi pendapat sikit.
B             : itulah masalah orang kita. Tukar agama bukanlah bermakna tukar bangsa. Itu yang perlu kita faham. Jika seseorang itu dilahirkan sebagai seorang india maka dia tetap akan mati sebagai bangsa india dan bukannya melayu. Tapi dia akan mati sebagai seorang islam dan dikebumikan dengan cara islam apabila dia memeluk islam walau dia dilahirkan sebagai agama lain. Kadang kala kita dapat melihat apabila seorang mualaf yang menyuarakan keinginannya untuk memasuki islam kepada keluarganya, keluarga nya menentang keras keinginan tersebut kerana beranggapan anak mereka akan menjadi orang melayu.  Terdapat juga keluarga yang jenis terbuka dan membenarkan anak mereka untukmemasuki agama lain seperti agama islam, Alhamdulillah, moga keluarganya turut diberi hidayah oleh Allah swt. Amin. Konklusinya, kita kena tahu membezakan 2 perkara tersebut.
A             : dan dakwah itu perlu bagi setiap insan yang bergelar muslim. Tidak kiralah apa medium yang dia gunakan.

THE END
 mungkin entri ni tidak sempurna kerna aku insan biasa. 
mungkin ada juga banyak salahnya kerna aku bukan bijaksana.
kerna itu   bimbinglah daku ke jalan benar.
entri ni pn rasanya agak panjang mngkin byk melalut.
tapi moga dapt ambil manfaanya..

Thursday, 5 January 2012

PUCAT!!!


Di Blok C (bahagian bawah luar pejabat)
Memandangkan hari ni hari terakhir kami berpraktikal untuk sem ni, jadi kami kena hantar semua buku log, punch card dan buku cross. Jadi aku, iemah dan syu berjalan dari blok kediaman ke blok jabatan untuk hantar semua ni. Bila tiba di blok c, kami menuju ke bilik CI (clinical instructor). Tengah2 berjalan tu terdengar pintu pejabat dibuka. Aku pun toleh belakang nak tengok sape, owh Pn. Rokiah rupnya.
Aku        : assalamulaikum puan.
Puan      : waalaikumussalam. Awak nak ke mana ni??
Aku        : kami nak ke bilik CI, hantar buku log. Kenapa puan?
Puan      :saya ada masalah sikit. Boleh awak tolong saya tak? (sambil menghampiri kami)
Kami      : hah!!! masalah apa puan?
Puan      : hmm. Xpe la, nanti awak siap hantar buku tu dating bilik saya sekejap. Ehh, awak ni kenapa pulak muka pucat je. (sambil pandang aku)
Aku        : hah!!! Saya ke puan??? Ok je. Tapi Hb (hemoglobin) saya memang low. Tapi dah naik dah daripada hari tu. 2 hari lepas baru saya cek. Walau x sampai tahap normal lagi. (sambil sengeh2) =)
Puan      : tu la awak makan nasi tapi sayur tak makan. Takde zat.
Aku        : ehh. Mana ada puan, saya makan la sayur. Zat2 saya semua cukup. Saya dah buat test taw  puan. Result dia semua normal.
Puan      : awak tak chek untuk penyakit2 ke?
Aku        : dah puan. Saya tengah tunggu result dia kluar la ni. Ehh, puan kan yang tolong ambilkan darah saya hari tu.

Puan      : ohh yela.. lupa pulak saya. Sepatutnya awak g hantar dan ambil sendiri result dia hari tu, lupa saya nak bagi tahu.
Aku        : hmm. Tape la puan. Nanti saya balik saya g hospital tengok. Lagi pun saya ada TCA. Ok la puan. Nanti kami ke bilik puan. (sambil melangkah masuk ke bilik CI )
Puan      : ok. Nanti tolong bawak kan barang saya ni sekali, saya nak ke tandas kejap (sambil serahkan bukunya).
Kami      : baik puan. =)